Resepi Ayam Masak Merah Sedap

ayam masak merah kenduri.JPG
Sangat sedap bila ayam masak merah di makan hari ini. Jadi teringin pula nak masaknya. Seronok lihat anak meratah ayam masak merah yang dihidangkan. Bila resepi ayam masak merah di blog masakan ayam tu guna banyak sikit bahan, saya kongsi sikit je bahannya.

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam (terpulang)
Garam dan kunyit
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat)
1 biji tomato (dihiris)
10 ulas bawang merah (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara buat:
Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tomato dan sos tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biar 2-3 minit.
Siap untuk dihidangkan.

Jangan lupa kongsikan resepi ni bila suka. Sila cuba resepi lain seperti yang blog Avenir yang telah kongsi juga.
04/25/2017 04:49:13
rena.mika
Name
Email
Comment
Or visit this link or this one